Selasa, 29 November 2011

Bentuk tulisan yang baik

 Kemahiran menulis melibatkan keupayaan “ melukis” huruf-huruf, mengeja sera membaca. Kualiti prestasi menulis bergantung pada penguasaan pergerakkan psikomotor pada tempat otak memproses bunyi kepada simbol-simbol huruf manakala tangan pula “menyatakannya” di atas kertas dalam bentuk penulisan.
Ciri-ciri tulisan yang baik :
1.Huruf ditulis mengikut arah dan tertib yang betul
     a.Arah lawan jam. Contoh huruf a, c, d, e, g dan q
     b.Arah ikut jam seperti b, m, n, p dan r
     c.Arah menegak/ mendatar seperti k, i, t, K, H dan T
     d.Chevron seperti huruf W, M dan N
     e.Campuran 1) dan 2) seperti huruf s
     f.Tiga suku tinggi seperti huruf t
     g.Pergerakan dari kiri ke kanan
2.Bentuk huruf yang kemas, bulat, tegak dan betul
3.Jarak huruf-huruf yang membentuk perkataan adalah seragam iaitu tidak terlalu rapat, bertindih atau terlalu  jauh
4.Ada keseragaman jarak antara satu perkataan dengan perkataan yang lain.
5.Menulis mengikut  garisan-garisan yang ditentukan. Tidak melampaui garisan bagi perkataan-perkataan tertentu
6.Tidak mencampur adukkan huruf kecil dan huruf besar
7.Menulis dari arah kiri ke kanan
8.Tidak meninggal atau menambah huruf dalam perkataan

Ciri-ciri tulisan pelajar pemulihan

1. Kaku dan keras


2. Menulis dengan salah arah.
    Contoh: huruf j ditulis dengan cara dari bawah ke atas.


3. Huruf tidak sama saiz atau tinggi. Tulisan bercampur saiz kecil dan besar. 
    Contoh : meja


4. Tulisan menaik dan menurun


5. Tidak menyalin atau menambah sesuatu huruf yang ada dalam perkataan. 
    Contoh : bakul > bkul  atau basikal > bassikal


6. Tiada jarak antara satu perkataan dengan perkataan yang lain.
    Contoh : Abusedangmembacabuku. 


7. Campuran huruf besar dan huruf kecil.
    Contoh : Abu seDang memBaca buKu.


8. Pembalikan huruf.
    Contoh : baju > daju


9. Tulisan 'ketar'. Bentuk tulisan seperti ditulis ketika cuaca sejuk melampau. Kadang- 
    kadang tulisan tidak bercantum.
    Contoh : Huruf k ditulis dalam bentuk l <. Huruf d menjadi c l


10. Maksud perkataan tidak dapat dikenali.
     Contoh : sdhkllgd


11. Menulis di atas garisan.


12. Menulis songsang dari kanan ke kiri.

Ahad, 27 November 2011

Ciri-ciri cara murid pemulihan membaca.


KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN

Dalam proses Pendidikan , Pendidikan Pemulihan Khas ialah :
“ Satu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid–murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira sebagai asas menjadi Fokus Kurikulum Baru Sekolah Rendah”

Selasa, 18 Oktober 2011

Ciri-ciri murid pemulihan

Ciri-ciri kanak-kanak pemulihan:
a. Emosi dan tingkahlaku
- perasaan risau dan rendah diri
- perasaan sedih, hiba atau duka
- perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran
- perasaan takut akan perkara-perkara yang baru
- degil, tidak mematuhi peraturan dan suka melawan
b. Sosial
- gelisah dan selalu bergerak di dalam bilik darjah serta mengganggu rakan-rakan
- murid-murid lain membencinya
- banyak perangai ganjil seperti menghisap atau menggigit jari
- selalu tidak hadir ke sekolah dengan pelbagai alasan
- sombong dan kadang-kadang mencuri
c. Kesihatan
- lemah tubuh badan serta kurang zat makanan
- pertumbuhan tubuh badan tidak seimbang
- tumpuan perhatian terhad
- lemah gerak motor kasar dan halus
- kesihatan terganggu seperti selalu sakit,sakit terlalu lama dan teruk
d. Persediaan belajar
- belum bersedia untuk belajar
- perbendaharaan kata kurang
- lemah pemahaman
- kurang kepercayaan atau tidak yakin terhadap diri sendiri
e. Pengamatan
- tidak boleh kenal bentuk atau turutan
- lemah pendengaran bunyi
- keliru terhadap konsep ruang atau mencari arah
- lambat mengkelaskan benda
- kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru
- tidak dapat menyelesaikan masalah
- sukar membuat penyataan Am
- sukar mengambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang permainan
- tidak dapat membuat kerja-kerja kreatif
- lemah pergerakan dan perbuatan
- lemah daya pemikiran
- tidak boleh mengingat kembali